NASI… merupakan salah satu makanan yang di geruni oleh mereka yang sedang berdiet malah ada yang jadi anti-nasi. Memang nasi mengandungi tinggi sumber tenaga iaitu karbohidrat.
Secara umumnya, berikut merupakan khasiat yang boleh diperoleh dari nasi:
Makanan Utama: Oleh sebab beras kaya karbohidrat, ia bertindak sebagai bahan bakar untuk tubuh dan membantu otak untuk berfungsi secara normal.
Kolestrol yang rendah: Nasi sangat bagus untuk kesihatan, fakta mengatakan bahawa nasi tidak mengandungi lemak berbahaya, kolesterol atau sodium. Dan ini melengkapkan lagi program diet yang seimbang.
Banyak Vitamin: Nasi merupakan sumber yang kaya vitamin dan mineral seperti niasin, vitamin D, kalsium, serat, zat besi, tiamin dan riboflavin.
Like Jika Suka