Wednesday, November 10, 2010

Ciri - ciri Zaman Neolitik


Pengenalan


Zaman Neolitik juga dikenali sebagai Zaman Batu Baru. Zaman ini dianggarkan berlangsung di seluruh dunia di antara 5,000 SM sehingga 3,000 SM. Tamadun awal manusia dikatakan bermula pada akhir Zaman Neolitik ini. Daripada pelbagai bidang, Zaman Neolitik telah menunjukkan perubahan yang amat besar. Contoh petempatan orang Neolitik ialah Lembah Indus, Lembah Hwang-Ho, Lembangan Sungai Eupharates dan Tigris dan sebagainya.

Ciri-ciri :


Tempat Tinggal

Manusia Neolitik tinggal di rumah yang dibina oleh diri sendiri. Rumah mereka dibuat daripada batu-bata, kayu dan sebagainya. Bukti yang menunjukkan manusia Neolitik tinggal di rumah ialah penemuan tiang-tiang kayu yang ditinggalkan oleh orang zaman ini di Switzerland. Tiang-tiang ini telah ternampak apabila air tasik besar ini menjadi tohor. Setelah dikaji, didapati rumah ini disambungkan antara satu sama lain dan tebing tasik dengan titi-titi yang boleh diangkat pada waktu malam untuk menjaga keselamatan.


Cara Hidup

Orang Neolitik hidup secara tetap di rumah yang didirikan. Kini, cara hidup mereka juga lebih teratur. Rumah-rumah dibina untuk membentuk sebuah kampung. Kampung ini biasanya terletak di tepi sungai atau laut. Setiap kampung mempunyai seorang ketua yang akan menyelesaikan sebarang pertikaian yang berkaitan dengan pertanian dan hak milik tanah. Benteng dibina untuk melindungi kampung itu daripada serangan musuh atau binatang liar. Faktor utama yang mendorong orang Neolitik hidup secara tetap ialah mereka perlu menjaga tanaman dan binatang ternakan mereka daripada dimusnah oleh binatang dan serangga perosak.


Kegiatan Harian

Masyarakat Neolitik mencapai perkembangan dalam bidang pertanian yang mengagumkan. Kini mereka menjadi petani dengan menanam sayur-sayuran dan bijirin seperti barli, jagung dan gandum. Selain itu, mereka juga menternak binatang seperti kambing, lembu dan memelihara anjing. Selain daripada bercucuk tanam dan menternak binatang, masyarakat ini juga terus memburu, menangkap ikan dan memungut hasil hutan. Tujuan mereka melakukan kegiatan ini ialah untuk mendapatkan bekalan makanan tambahan. Selain itu, masyarakat ini juga mula menghasilkan alat tenunan, kain dan tembikar.


Peralatan

Orang Neolitik telah mencipta alat-alat yang lebih elok dan halus seperti kapak, beliung dan pisau daripada batu dan juga logam untuk memburu, memotong dan bercucuk tanam. Selain itu, teknologi baru dalam bidang pertanian seperti bajak, tajak atau cangkul juga diperbuat daripada granit juga dicipta. Penggunaan peralatan yang disebutkan di atas telah membantu masyarakat ini menghasilkan pelbagai jenis tanaman. Orang Neolitik juga pandai menganyam bakul. Bakul yang dianyum ini digunakan untuk menyimpan bijirin, mengangkap ikan dan memburu binatang. Selain itu, masyarakat Neolitik juga pandai membuat alat tembikar daripada tanih yang dikeringkan. Alat tembikar ini digunakan untuk memasak, mengisi makanan dan menyimpan air. Hasil tembikar ini menjadi lebih bermutu apabila roda ceper digunakan.


Kepercayaan

Masyarakat primitif ini mengamalkan kepercayaan animisme, iaitu percaya bahawa semua benda di alam ini mempunyai roh. Selain itu, mereka juga percaya bahawa semangat atau tuhan mengawal alam semesta. Sebab itulah mereka cuba memuja semangat yang mengawal alam semesta seperti banjir dan kemarau yang dianggap pemusnah pertanian. Masyarakat Neolitik juga mengamalkan adat dan upacara yang lebih maju dripada masyarakat sebelum ini. Contohnya, upacara pengebumian dan sebagainya.


Pakaian

Masyarakat Neolitik mula menenun kain daripada bulu binatang dan gentian-gentian tumbuhan dengan menggunakan alat tenunan. Kini, mereke telah mula berpakaian kain dan jarang sekali mereka berpakaian kulit binatang. Mereka mendapati pakaian yang dibuat daripada kain adalah lebih selesa jika dipakai. Selain itu, berpakaian kain juga dapat menunjukkan bahawa mereka ini lebih tinggi tamadunnya kalau dibandingkan dengan orang yang berpakaian kulit binatang.


Aktiviti Perdagangan

Sejak Zaman Neolitik, aktiviti perdagangan telahpun mula dijalankan. Perdagangan dijalankan di antara kampung-kampung. Mereka saling menukar barang yang dikehendaki. Sistem tukar barang dikenali sebagai sistem barter. Selain perdagangan antara kampung dijalankan, mereka juga menjalankan aktiviti perdagangan dengan masyarakat yang berhampiran. Pada zaman ini, wang memang langsung tidak digunakan. Sistem yang diamalkan juga menemui pelbagai masalah, contohnya, kehendak yang serentak sukar dicapai di antara satu sama lain, unit ukuran atau kadar pertukaran sukar ditentukan dan sebagainya.


Organisasi Sosial

Organisasi sosial dalam bentuk kekeluargaan telahpun wujud pada zaman ini. Setiap keluarga mempunyai seorang ketua yang akan memimpin keluarga ini untuk melakukan aktiviti harian. Daripada kumpulan ketua keluarga ini, seorang akan dipilih untuk memimpin kampung ini. Tanggungjawabnya adalah menyelesaikan pertikaian di antara penduduk kampung dalam pelbagai perkara. Beliau juga dikenali sebagai ketua kampung.


Teknologi Baru

Zaman Neolitik telah mencapai perkembangan yang amat pesat dalam bidang infrastruktur. Pada zaman ini, roda buat pertama kali digunakan. Roda telah dicipta untuk menjadikan sistem perhubungan yang lebih cepat. Sebagai contoh, roda dipasang di kereta kuda membolehkan kereta kuda berjalan dengan lebih cepat. Selain ciptaan roda, kapal layar juga telah diciptakan. Ciptaan kapal layar membolehkan mereka berhubung antara satu sama lain dengan mudah walaupun dipisah oleh lautan yang luas. Bukti penggunaan kapal layar ialah perjumpaan pelabuhan awal seperti Santubong dan Kuala Selinsing.

Ciri - Ciri Zaman Meseolitik



Pengenalan

Zaman Mesolitik juga dikenali sebagai Zaman Batu Pertengahan. Zaman ini berlangsung di antara 10,000 SM sehingga 5,000 SM. Manusia Zaman Mesolitik ini mengamalkan zara hidup yang berlainan sedikit kalau dibandingkan dengan Zaman Paleolitik. Di Asia Tenggara, Zaman Mesolitik juga dikenali sebagai Zaman Haobinhian.


Ciri-ciri :


Tempat Kediaman

Tempat kediaman orang Mesolitik masih di gua, bawah ranting kayu dan lubang bawah tanah. Yang berbeza sikit ialah sekarang mereka tinggal di tepi sungai dan laut. Sebab utama mereka tinggal di sini ialah tempat ini akan membekalkan air dan makanan laut yang diperlukan oleh mereka. Air ini diperlukan untuk minum, mencuci, mambasuh badan dan sebagainya. Sekiranya mereka tinggal di dalam hutan, adalah sangat payah bagi mereka untuk mengangkat air ke tempat kediaman mereka.


Kegiatan Seharian

Manusia Zaman Mesolitik mengamalkan kegiatan yang sama seperti orang Paleolitik, Mereka menjalankan kegiatan memburu, menangkap ikan dan memungut hasil hutan. Semua kegiatan ini dijalankan dengan tujuan untuk mendapatkan bekalan makanan. Pada zaman ini juga, mereka sudah mula belajar untuk bercucuk tanam. Tanaman utama yang ditanam adalah makanan bijirin dan buah-buahan. Orang Mesolitik mula belajar bercucuk tanam kerana mereka mendapati adalah sangat susah untuk mendapatkan makanan secara memburu, menangkap ikan dan memungut hasil hutan. Apabila mereka tidak memperolehi buruan, maka mereka akan kelaparan.




Peralatan

Peralatan yang digunakan oleh manusia Mesolitik masih dibuat daripada kayu, batu, dan tulang. Walau bagaimanapun, peralatan yang dibuat adalah lebih halus dan kemas kalau dibandingkan dengan peralatan yang digunakan oleh manusia Paleolitik. Mereka sanggup menciptakan senjata dan alat yang lebih kecil. Alat yang kecil ini juga dikenali sebagai mikrolit. Kini mereka sudah tahu menggunakan panah dan anak panah semasa memburu binatang dan menggunakan jaring dan perangkap untuk menangkap ikan.

Zaman Paleolitik



Pengenalan

Zaman Paleolitik juga dikenali sebagai Zaman Batu Lama. Zaman ini berlangsung dari 50,000 SM hingga 10,000 SM. Manusia Peking dan manusia Jawa wujud pada zaman ini. Menjelang 50,000 SM, orang Neanderthal mula hidup di Eropah, Asia dan Afrika. Selepas itu, menjelang tahun 20,000 SM, orang Cro-Magnon tinggal di Eropah dan mengasaskan kebudayaan moden di Eropah dan Afrika Utara. Orang pada zaman ini melukis gambar-gambar di dinding gua untuk melahirkan perasaan dan idea-idea mereka.

Ciri-ciri :


Tempat Tinggal


Orang Paleolitik sudah mula belajar untuk mengadakan tempat tinggal. Mereka tinggal di dalam gua-gua atau berlindung di bawah ranting-ranting yang ditutup dengan rumput-rampai dan di dalam lubang-lubang di bawah tanah. Mereka tinggal di kawasan ini kerana ingin melindungi diri daripada serangan musuh atau binatang liar dan tiupan angin dan sebagainya. Tempat ini telah dijadikan sebagai tempat rehat bagi mereka yang telah penat selepas melakukan aktiviti harian seperti memburu. Sebagai contoh, Gua Niah di Sarawak dan Gua Badak di Perak.


Cara Hidup

Orang Paleolitik hidup secara nomad, iaitu berpindah-randah dalam kelompok kecil. faktor utama yang mendorong mereka hidup secara nomad adalah disebabkan oleh faktor bekalan makanan. Sudahpun diketahui oleh kita semua, manusia zaman ini tidak tahu menternak binatang dan menanam tanaman, mereka mendapatkan bekalan makanan secara memburu dan sebagainya. Apabila sumber makanan di suatu tempat didapati berkurangan atau habis, mereka akan pindah ke tempat lain yang dapat membekalkan makanan yang diperlukan. Maka, tempat kediaman mereka juga tidak tetap.


Kegiatan Seharian

Aktiviti yang dijalankan oleh orang Paleolitik setiap hari ialah memburu, menangkap ikan, memungut hasil hutan dan sebagainya. Semua aktiviti yang dijalankan kebanyakannya berkaita dengan mencari bekalan makanan harian. Pada zaman ini, mereka tidak mempunyai apa-apa hiburan. Selepas memburu, mereka akan berehat, makan kemudian tidur, tiada perkara lain yang akan dilakukan. Binatang yang biasa dicuru adalah seperti harimau, rusa dan sebagainya. Hasil hutan yang dikutip pula adalah seperti sayuran liar, buah-buahan dan sebagainya.


Peralatan

Peralatan yang digunakan oleh orang Paleolitik dibuat daripada kayu, batu dan tulang. Bentuk peralatannya tidak berapa kemas. Bentuknya boleh dikatakan kasar. Peralatan ini digunakan untuk memburu, menumbuk, menetak, memotong dan mempertahankan diri daripada musuh dan binatang liar. Sebagai contoh, kapak dibuat daripada seketul batu berbentuk bujur yang hujungnya ditajamkan dan tanduk rusa dijadikan sebagai cangkul untuk meluaskan gua-gua tempat tinggal mereka.


Kepercayaan

Orang Paleolitik mempunyai kepercayaan animisme, iaitu percaya bahawa semua benda di dunia ini mempunyai roh. Mereka percaya bahawa unsur alam semesta telah mempengaruhi setiap aspek kehidupan masyarakat. Sebagai contoh, mereka memuja unsur alam semesta untuk mendapatkan hasil tanaman yang banyak. Unsur alam semesta yang dipuja termasuk bulan, matahari dan sebagainya.


Pakaian

Orang Paleolitik sudahpun tahu berpakaian. Pakaian mereka dibuat daripada kulit binatang, contohnya kulit rusa, harimau, beruang dan sebagainya. Semasa rusa berhijrah ke Selatan, mereka telah menangkap rusa tersebut. Daging rusa telah dijadikan sebgai makanan dan kulitnya digunakan untuk dijadikan pakaian. Kulit ini kemudiannya disambung dengan tali kulit.


Penggunaan Api

Orang Paleolitik tahu menggunakan api untuk memanaskan badan, menakutkan binatang liar dan memasak daging. Mereka mendapat pengetahuan penggunaan api daripada fenomena kebakaran hutan yang dihasilkan akibat pokok-pokok disambar kilat. Pada permulaan, mereka tidak tahu membuat api. Lama-kelamaan, mereka mengetahui bahawa api boleh dihasilkan dengan kaedah geseran batu. Selain itu, ada kemungkinan juga api dihasilkan secara tidak langsung, iaitu hasil daripada usaha seseorang yang bersungguh-sungguh memperbaiki alat kayunya sehingga keluar bunga api disebabkan panas. Di Australia, api dihasilkan dengan mengumpulkan daun-daun dan lumut-lumut ke dalam sebatang kayu yang berlubang dan kemudiannya pusing sebatang kayu tajam ke atasnya sehingga ia terbakar.

Pengaruh alam sekitar terhadap Zaman pra-sejarah.

Huraikan pengaruh alam sekitar terhadap kehidupan masyarakat dari zaman pra-sejarah.



Pengenalan:

· Masyarakat zaman prasejarah banyak diperngaruhi oleh faktor alam sekitar dalam kehidupan seharian mereka.
· Hubungan manusia dengan alam sekitar dan cara manusia mentafsir hubungan tersebut dan membuat beberapa pengubahsuaian dalam hubungan tersebut, merupakan langkah awal pembentukan tamadun manusia.
· Zaman prasejarah ialah zaman sebelum wujudnya rekod bertulis tentang kehidupan manusia.
· Terbahagi dua iaitu zaman prasejarah akhir yang terdiri daripada Zaman Paleolitik (kira-kira 500,000 SM – 10,000 SM) dan Zaman Mesolitik (kira-kira 10,000 SM – 7000 SM). Zaman prasejarah akhir dikenali sabgai Zaman Neolitik (kira-kira 7000 SM hingga 3500 SM).
· Zaman Paleolitik dikenali sebagai Zaman Batu Lama, Zaman Mesolitik disebut sebagai Zaman Batu Pertengahan, dan Zaman Neolitik dikenali sebagai Zaman Batu Baru.
· Perkembangan tamadun masyarakat prasejarah berkembang di seluruh dunia walau bagaimanapun tahap perkembangan tamadun ini adalah berbeza-beza.

Isi

Pengaruh Alam Sekitar

1. Pemilihan Tempat Tinggal/Petempatan
Paleolitik – pilih gua, lubang bawah tanah, ranting yang ditutup dengan rumput / daun, supaya dapat berlindung daripada binatang buas, musuh, dan kesejukan.
Neolitik - pilih lembah sungai, dataran tanah pamah dan persisiran pantai untuk dapat bekalan air, kesuburan tanaman, tangkap ikan, kemudahan perhubungan & pengangkutan.

2. Agama & kepercayaanAlam dipercayai ada kuasa luar biasa – mengancam keselesaan dan kehidupan.
Neolitik – mengharapkan hasil pertanian - upacara pemujaan dan korban membuktikan mereka percaya kepada kuasa ghaib dan alam sekitar (cara mereka berdamai dengan alam sekitar).

3. PeralatanPaleolitik – mengunakan peralatan yang mudah dan ringkas.
Neolitik – menggunakan peralatan lebih kurang sama tapi halus dan kemas kerana dibuat daripada batu gua dan batu kapur.
Peralatan mudah diperolehi kerana mereka tinggal di tepi sungai.
Paleolitik – membuat baju (suhu yang sejuk)
Neolitik – mencipta roda dan kapal layar, cipta cangkul, tajak dan kapak (pertanian)
Persekitaran mencabar manusia mencipta peralatan tersebut.

4. Kegiatan EkonomiPaleolitik – bergantung kepada alam sekitar untuk mendapat makanan (berburu dan memungut hasil hutan)
Neolitik – perdangangan giat dijalankan – sungai membolehkan perdagangan secara tukar barang.
Pertanian giat dijalankan kerana kawasan delta yang subur.
Jelaslah alam sekitar mempengaruhi kegiatan ekonomi prasejarah.

5. Gaya HidupPaleolitik – berpindah randah (nomad) untuk mencari makanan dan kawasan selamat.
Tidak memiliki harta.
Neolitik - melakukan aktiviti yang sesuai di tempat tinggal mereka (di lembah sungai, tasik dll)


Kesimpulan:
Penguasaan terhadap alam sekitar berlaku secara kebetulan tanpa perancangan rapi. Wujud proses saling melengkapi antara manusia dan alam sekitar, telah banyak membantu penguasaan manusia teknologi ciptaannya terhadap alam sekitar dan ini bererti meningkatnya tamadun manusia.

Peranan Sungai dalam Pembentukan dan Perkembangan Tamadun Awal

Bincangkan peranan sungai dalam pembentukan dan perkembangan tamadun awal dengan memberikan contoh-cohtoh yang sesuai daripada tamadun awal.
Pendahuluan
- Tamadun-tamadun awal yang muncul di dunia adalah terletak di lembah-lembah sungai seperti Tamadun Semeria, T.Mesir, T. Hwang Ho, T.Indus. Latar belakang tamadun awal seperti T.Sumeria wujud di lembah Sg.tigris dan Euprites, T.mesir di lembah Sg.Nil. Sungai merupakan persekitaran asas dalam perubahan kehidupan manusia yang menjadi faktor penting dalam pembentukan tamadun.
Isi
1. Sungai sebagai sumber bekalan air.
- Manusia membina petempatan di Lembah sungai kerana mereka memerlukan bekalan air untuk kegunaan sendiri, binatang ternakan dan tanaman. Contoh Sg.Tigris, Sg.Nil, Sg.Hwang Ho. Sungai juga membekalkan sumber protein kepada mereka.
2. Kawasan Yang Subur
- Sungai mewujudkan kawasan yang subur untuk aktiviti pertanian dan penternakan seperti Lembah Sungai Hwang-Ho membekalkan tanah loes yang subur. Hasil pertanian merupakan sumber makanan yang utama justeru kawasan-kawasan lembah sungai menjadi tumpuan manusia.
3. Petempatan
- Lembah sungai merupakan lokasi yang paling sesuai untuk untuk dibina petempatan. Ini disebabkan bentuk mula bumi dasar lembah sungai tanahnya rendah, luas, rata dan beralun.
4. Sumber Alam
- Kawasan lembah sungai sebagai sumber alam semula jadi yang membekalkan tanah lanar yang subur untuk tanaman. Tanah liat berpasir untuk pembinaan rumah seperti masyarakat Indus yang membina rumah di Bandar Mohenjo-daro dan Harappa dan untuk membina tembok di Jericho dan Catal Huyuk. Lembah sungai juga membekalkan sumber kayu untuk binaan rumah di alam Melayu.
5. Iklim
- Iklim Lembah sungai disederhanakan oleh faktor penyejukan suhu permukaan air . Biasanya di kawasan sungai, iklimnya lebih stabil dengan kelembapan yang tinggi sesuai dengan aktiviti manusia. Kelembapan suhu 24 C-28 C.
6. Agama
- Agama masyarakat Mesir percaya sungai sebagai tempat tinggal tuhan mereka.(Sg.Nil) sehingga Mesir mendapat jolokan Hadiah Sg.Nil. Masyarakat Indus menjadikan Sg. Indus dan Sg.Ganges sebagai tempat suci agama Hindu.
7. Perhubungan
- Sungai sebagai alat perhubungan dan pengangkutan. Contoh sg. Hwang Ho dan Sg.Nil alat perhubungan ke kawasan pedalaman cina dan Mesir. Sg. Tigris/Euprhates alat perhubungan dan perkembangan Bandar pelabuhan seperti Bandar Urech, Ur di Babylon. -perkembangan Bandar dan taman seperti pelabuhan di sungai Indus. Selain daripada itu taman tergantung di Babylon mula dibina di kawasan sungai. Di Asia Tenggara sungai sebagai sumber pengangkutan hasil hutan seperti kayu balak, rotan, damar dari pedalaman ke pelabuhan utama seperti Srivijaya dan Majapahit.
8. Sempadan
- Sungai sebagai sempadan,pertahanan daerah dan negeri.


Kesimpulan
-Perkembangan tamadun sungai di dorong oleh pelbagai faktor seperti bekalan air, jalan pengangkutan, sumber protein dan perkembangan pelabuhan

Ciri-ciri utama tamadun

Huraikan ciri-ciri utama tamadun dengan merujuk kepada kemunculan tamadun-tamadun awal dunia.

PENGENALAN: ( 3 markah)

1. Konsep tamadun
  • Definisi :Tamadun merupakan satu konsep yang luas dan kompleks.Tamadun merujuk kepada pencapaian/kemajuan sesuatu masyarakat @ negara dalam bidang pengetahuan, pentadbiran, undang2, kepercayaan agama, kesenian, perbandaran, sistem tulisan, moral dan adat resam
  • Ciri-ciri:
      • Petempatan Kekal
      • Pembandaran
      • Organisasi Sosial
      • Kepercayaan Dan Agama
      • Sains Dan Teknologi
      • Bahasa Dan Sistem Tulisan
2. Latar belakang tamadun-tamadun awal:
  • Tamadun Mesopotamia
  • Tamadun Mesir
  • Tamadun Indus
  • Tamadun China
3. Faktor – faktor yang mendorong kemunculan tamadun
  • ­ Proses evolusi
  • Proses urbanisasi
  • Kemajuan sains dan teknologi
  • ­ Sungai
  • ­ Faktor angin
  • ­ Faktor bahasa dan tulisan
  • ­ Penciptaan roda
  • ­ Kewujudan organisasi sosial
  • ­ Pengkhususan kerja
  • Sistem agama dan kepercayaan

ISI: CIRI-CIRI TAMADUN ( 7 isi X 3 markah = 21 markah)

1. Urbanisasi
  • Manusia hidup tetap di sesuatu tempat
  • Mereka menetap di lembah2 sungai
  • Sebab; tanahnya subur dan bekalan air yang mencukupi untuk menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi seperti pertanian, penternakan dan perdagangan
  • Petempatan kekal bermula di Mesir sejak tahun 7000 S.M.
  • Berlakunya Revolusi Pertanian akhirnya membawa kepada kemunculan bandar2 Memphis , Dhilkah dan Thebes
2. Pengkhususan Kerja
  • Setiap anggota masyarakat mempunyai tugas dan peranan mereka masing2 seperti petani, penternak, artisan dan askar.
  • Pengkhususan kerja mempercepatkan lagi proses urbanisasi dan perkembangan tamadun.
  • Contoh; tamadun China
3. Organisasi sosial
  • Struktur dan organisasi masyarakat yang tersusun menggambarkan sesuatu masyarakat telah mencapai ketamadunan.
  • Wujud golongan pemerintah dan golongan yang diperintah telah membantu pentadbiran berjalan lancar dan teratur.
  • Biasanya raja menduduki kedudukan yang teratas.
  • Diikuti golongan bangsawan yang memainkan peranan sebagai pentadbir.
  • Seterusnya ahli agama dan golongan pendeta untuk melakukan upacara keagamaan
  • Rakyat biasa yang menjalankan aktiviti ekonomi masing2
  • Akhirnya golongan hamba yang menjalankan kerja2 yang berat.
  • Kewujudan organisasi sosial membawa kepada pengenalan sistem perundangan untuk mendisiplinkan masyarakat dan melindungi nyawa dan harta benda
  • Contoh ; kehidupan berstruktur seperti ini jelas dalam kehidupan masyarakat tamadun Mesopotamia semasa pemerintahan Raja Hammurabi
4. Bahasa dan Tulisan
  • Tulisan pada petempatan awal dalam bentuk gambar, simbol, @ berbentuk pepaku
  • Tulisan2 ini digunakan untuk merekodkan sesuatu perkara.
  • Lambang2 bertulis merupakan alat yang melahirkan idea2 perundangan, pengetahuan serta memudahkan pengendalian pentadbiran, percukaian dan perakaunan.
  • Contoh; tulisan hieroglif (Tamadun Mesir) digunakan untuk merekodkan upacara keagamaan dan harta kuil.
  • Contoh; tulisan Cuniform (Tamadun Mesopotamia) digunakan untuk merekodkan tentang kegiatan perdagangan dan pentadbiran.
5. Agama dan Kepercayaan
  • Terdapat amalan politeisme iaitu menyembah dewa-dewi.
  • Dewa/i juga dipercayai mempengaruhi kehidupan mereka.
  • Jika tidak disembah,dewa/i akan membawa malapetaka seperti banjir,dan kemarau.
  • Contoh; Tamadun Indus, mereka menyembah dewi bermuka tiga
  • Tamadun Mesopotamia terdapat penyembahan dewa/i yang banyak diadakan ketika upacara keagamaan di Ziggurat.
6. Kemajuan sains dan teknologi
  • Perkembangan tahap pemikiran melambangkan kemajuan sains dan teknologi dalam masyarakat tamadun awal.
  • Mereka sudah pandai mencipta roda, layar kapal, terusan, tembok dan benteng.
  • Kesemua ini meninggalkan kesan dari segi pertanian, perdagangan dan pengangkutan.
  • Kemajuan2 ini dapat dilihat dalam tamadun awal seperti Mesir dan Mesopotamia.
7. Estetika
  • Hal ini dapat dilihat dari segi seni bina, seni ukir dan sastera.
  • Contoh dalam tamadun Mesopotamia terdapat epik Gilgamesh yang menceritakan keperwiraan bangsanya.
  • Iliyad dan Odysey yang dihasilkan Homer juga banyak menceritakan tentang kejayaan dan pengembaraan orang Yunani.
KESIMPULAN: ( 1 markah)
Kemajuan dalam tamadun-tamadun awal menyebabkan masyarakat seterusnya mencapai ketamadunan yang lebih tinggi dalam semua aspek kehidupan.

Pencapaian sains dan teknologi tamadun awal

Bincangkan pencapaian sains dan teknologi dalam perkembangan tamadun awal manusia.


Pengenalan (3 m)


1. Konsep tamadun secara umum.
  • Definisi - Prof. M.A.J Beg:
  • Tamadun merupakan pencapaian manusia dalam bentuk kota, skrip, kesenian, seni bina, undang2 dan politik
  • Tamadun yg tertua di dunia ; Tamadun Mesopotamia (lahir 5000 tahun yang lampau)
  • Antara ciri utama tamadun Mesopotamia;
§ kewujudan negara kota
§ tugu-tugu peringatan
§ agama
§ sistem agama

Ciri-ciri tamadun :
· Petempatan kekal
· Pembandaran
· Organisasi sosial
· Kepercayaan dan agama
· Sains dan teknologi
· Bahasa dan sistem tulisan


2. Tamadun-tamadun awal

· Tamadun Mesopotamia di Lembah Sungai Tigris dan Euphrates
· Tamadun Mesir di Lembah Sungai Nil.
· Tamadun Indus di Lembah Sungai Indus.
· Tamadun Hwang Ho di Lembah Sungai Hwang Ho

Isi Penting (7 isi X 3 markah = 21 markah)

Pencapaian Sains dan Teknologi dalam perkembangan tamadun manusia

1. Aktiviti pertanian
  • Dengan terciptanya peralatan, aktiviti pertanian dapat dijalankan dalam bentuk skala yang lebih besar.Contohnya, terusan dibina untuk mengairi sawah.
  • Dalam bidang pertanian, orang Sumeria mencipta bajak dan alat menabur mempercepat kerja pertanian.Teknologi pengairan dalam Tamadun Mesopotamia menghasilkan surplus dalam hasil pertanian dan penternakan yang mendorong kepada pembinaan bandar.
  • Kincir air – mengairi kawasan tandus, kawal banjir dan tingkatkan hasil pertanian.

2. Sistem ketahanan dan pertahanan
  • Pembinaan kubu-kubu pertahanan dan tembok berfungsi sebagai pertahanan semasa peperangan.
  • Contoh, dalam Tamadun Mesopotamia tembok-tembok pertahanan menjadi sempadan antara kawasan bandar dan luar bandar.
  • Pada zaman Dinasti Shang, gangsa digunakan untuk membuat alat senjata
  • Bahan letupan telah dihasilkan oleh ahli kimia cina pada kurun ke-7 apabila ahli-ahli kimia Daois berjaya mencampurkan saltpetre dengan sulfur dan karbon
  • Pada zaman dinasti Tang, pihak militari telah menggunakannya dalam peperangan.

3. Kemudahan asas
  • Dalam Tamadun Indus, terdapat kemajuan dalam pembinaan infrastruktur seperti longkang dan sistem pembuangan air.
  • Longkang-longkang yang dibina di sepanjang jalan-jalan utama bertutup dan dilengkapi dengan lubang pemeriksaan yang memudahkan kerja-kerja pembersihan jika longkang tersumbat.
  • Tempat mandi awam didirikan berhampiran dengan jalan-jalan utama dalam Tamadun Indus.
  • Binaan yang paling unik ialah kolam mandi great bath.Terdapat tangga di kedua-dua belah kolam tersebut.
  • Tangga tersebut menuju ke bahagian dasar kolam yang dibina dengan menggunakan batu dan disadur dengan bitumen.
  • Air kolam ini diperoleh daripada sebuah perigi yang terletak berhampiran kolam tersebut.
  • Salah satu keistimewaan kolam ini ialah kolam ini boleh dikosongkan dan diisi semula.
  • Pembinaan jalan raya juga menjadi satu kemudahan asas kepada pendudukan pada zaman tamadun awal.
  • Contoh, dalam Tamadun Mesopotamia jalan raya dibina untuk menghubungkan pintu masuk utama dengan tempat-tempat lain di dalam bandar.
  • Dalam Tamadun Indus, jalan-jalan utama dibina secara lurus dan berukuran 30 kaki lebar.Jalan dari utara ke selatan disilangkan oleh jalan-jalan lain pada sudut tepat dan membentuk blok-blok yang berukuran 130 kaki X 65 kaki.Dalam blok-blok tersebut terdapat lorong-lorong kecil yang dibina selari dengan jalan-jalan utama.

4. Petempatan
  • Petempatan-petempatan berkembang dengan pesat disebabkan kemahiran dalam pembinaan dan kemudahan asas.
  • Contoh, dalam Tamadun Mesir iaitu pada zaman pradinasti awal (abad 4 S.M), kampung-kampung yang mengandungi rumah ketua kampung yang lebih besar dan mempunyai pelan berbentuk segi empat tepat.
  • Terdapat pondok-pondok yang berbentuk bulatan dan rumah ibadat bagi Tuhan tempatan turut dibina.
  • Dalam Tamadun Indus pula rumah-rumah dibina menggunakan batu yang bermutu tinggi yang terdiri daripada rumah setingkat, dua tingkat atau lebih.
  • Rumah-rumah dibina mengikut pelan yang sama tetapi saiznya berbeza serta mempunyai beberapa buah bilik dan serambi yang berbentuk empat segi.
  • Ciri yang menarik ialah setiap rumah mempunyai bilik mandi dan perigi.
  • Rumah-rumah dibina dalam satu deretan di sepanjang jalan-jalan utama.
  • Terdapat ruang yang lapang antara rumah supaya menjamin peredaran udara yang baik.

5. Aktiviti keagamaan
  • Kehidupan masyarakat India sangat erat hubungannya dengan agama, maka bidang seni bina turut berkembang berdasarkan keagamaan.
  • Oleh itu, terlihat binaan yang berteraskan agama Buddha dan Hindu.
  • Antara binaan yang mengagumkan termasuklah binaan kompleks kuil di Gua Ajanta. Kompleks ini mempunyai 20 buah kuil.
  • Sementara itu kompleks kuil di Gua Ellora pula mempunyai 28 buah kuil-gua dan dibina antara abad kelima hingga abad kelapan Masihi.
  • Orang Sumeria menganggap raja sebagai wakil Tuhan di dunia dan bukannya sebagai Tuhan.
  • Sebuah kuil telah dibina di atas menara yang berbentuk piramid setinggi 6-7 tingkat yang dipanggil Ziggurat. Ziggurat yang termasyhur ialah The Towel of Babel. Mereka mempercayai Tuhan yang mereka sembah menetap di sini.
  • Ziggurat pertama yang dibina ialah Nippur (untuk Tuhan Enlil/angin).



6. Aktiviti pengangkutan dan pelayaran
  • Kapal layar dihasilkan oleh orang Sumeria akibat hubungan perdagangan mereka dengan dunia luar.
  • Kapal layar dan pengangkutan beroda menguasai jalan laut dan darat.
  • Orang-orang Sumeria dipercayai mula-mula mencipta roda. Pengetahuan membuat roda membolehkan orang Sumeria menggunakan kereta kuda dan lembu, menggunakan pedati dalam peperangan.
  • Dalam Tamadun China, Penemuan tentang gejala magnet aruhan (induced magnetism) dalam kurun ke-6, pengherotan (declination) dan juga kekutuban magnet (polarity) pada kurun ke-8 dan ke-9, telah membuahkan penghasilan kompas oleh orang cina dan digunakan semasa pelayaran.

7. Sistem perbandaran
  • Kemajuan dalam teknologi pengairan, penternakan dan pertukangan mendorong kepada kemunculan bandar.
  • Sumbangan orang Sumeria yang paling penting ialah dalam bidang seni bina.
  • Mereka merupakan orang pertama membina arca dan tiang-tiang batu dengan menggunakan batu-bata yang diperbuat daripada lumpur.
  • Ziggurat dibina dengan menggunakan batu-bata.
  • Bandar-bandar di Mesopotamia mempunyai pintu gerbang yang melambangkan kekayaan sesebuah badar.
  • Terdapat monumen yang diukir dan dihiasi pada pintu gerbang.
  • Di Babylon, terdapat lapan pintu gerbang yang dinamakan dengan nama Tuhan.

8. Intelektual
  • Sumbangan orang Mesir yang amat penting ialah dalam bidang astronomi, takwim (kalendar) dan Matematik.
  • Bidang astronomi maju kerana para pendeta dapat mengkaji bumi, langit, peredaran bulan, bintang dan planet-planet lain.
  • Ahli kaji bintang melahirkan takwim yang mempunyai 12 bulan dengan setiap bulan mengandungi 30 hari dan 5 hari lagi ditambah kepada bulan terakhir atau 365 hari setahun. 12 bulan ini kemudian dibahagikan kepada 3 musim iaitu musim banjir, menanam dan menuai.
  • Mereka juga mencipta jam yang menggunakan bayangan matahari dan air. Dalam bidang matematik, orang Mesir mengetahui cara mengukur keluasan empat segi tepat, bulatan, menghitung isipadu dan silinder. Pengetahuan ini membolehkan mereka mengukur blok batu yang digunakan untuk membina piramid.
  • Dalam bidang perubatan, mereka mempelajari teknik-teknik mengawet mayat dan fungsi tubuh manusia. Mereka juga menghasilkan sebuah buku perubatan mengenai pembedahan.
  • Orang Sumeria telah mencipta sistem-sistem nombor yang berdasarkan unit-unit 10 dan 60. Mereka juga telah mencipta kalendar yang terdiri daripada 12 bulan dan setiap bulan mengandungi 30 hari. Orang Sumeria telah mencipta sistem-sistem nombor yang berdasarkan unit-unit 10 dan 60. Mereka juga telah mencipta kalendar yang terdiri daripada 12 bulan dan setiap bulan mengandungi 30 hari.
  • Pada zaman Dinasti Chou pula, wang yang dibuat daripada logam digunakan. Buku mulai dicetak dan alat tulisan mula dihasilkan.
  • Terdapat empat ciptaan agung dalam tamadun cina iaitu teknik membuat kertas, pencetakan, bahan letupan dan kompas.
  • Cai Lun telah berjaya membuat kertas dengan menggunakan fiber tumbuh-tumbuhan pada tahun 105.
  • Teknologi pencetakkan telah mula diperkenalkan semasa pemerintahan dinasti Tang (618 –906) di mana buku jingang jing dipercayai buku yang terawal dicetak iaitu pada 11 Mei 868.
  • Pada zaman pemerintahan dinasti Han (206 –220 SM) sifat-sifat magnet telah ditemui di cina.

9. Peralatan 
  • Dengan kemajuan teknologi, pelbagai peralatan dan aksesori telah dicipta.
  • Dalam Tamadun Hwang Ho, tanah liat digunakan untuk membuat tembikar, jed digunakan sebagai alat perhiasan, dan sutera dihasilkan.
  • Petani-petani Yangshao merupakan tukang-tukang kraf yang mahir.
  • Mereka telah membuat jarum, mata kail dan alat penebuk.

Kesimpulan (1 markah)
  • Kemajuan dalam bidang sains dan teknologi menyebabkan tamadun-tamadun awal seperti Tamadun Mesir, Tamadun Mesopotamia, Tamadun China dan Tamadun Indus semakin berkembang pesat.

KEMUNCULAN SISTEM TULISAN TAMADUN AWAL

Jelaskan faktor kemunculan sistem tulisan dengan merujuk kepada contoh – contoh yang terdapat dalam tamadun awal.


 
A. PENGENALAN.
  1. Penciptaan tulisan merupakan satu pencapaian yang besar manusia untuk menghadapi cabaran – cabaran baru dalam kehidupan manusia yang semakin kompleks. Penggunaan tulisan dapat memenuhi keperluan manusia dalam bidang pentadbiran kerajaan, pengutipan cukai, perdagangan, kesenian, keagamaan dan kesusasteraan.
  2. Penggunaan sistem tulisan adalah hasil penciptaan golongan paderi. Di Mesopotamia sistem tulisan bermula dengan pembinaan rumah berhala yang besar dan merupakan kunci perkembangan tamadun Mesopotamia. Tulisan – tulisan ini berkait rapat dengan sistem kerajaan teokrasi yang wujud di kota – kota Mesopotamia. Ia menjelaskan sistem teokrasi yang dijalankan oleh golongan paderi dengan kuasa mutlak untuk menguruskan pentadbiran, pengendalian ekonomi dan pertanian. Di samping itu, tulisan digunakan untuk merekod akaun terutamanya pengutipan cukai daripada golongan rakyat.
  3. Latar belakang tamadun awal berkaitan tulisan.
B. ISI – ISI PENTING.

 Pembandaran
1. Kemunculan sistem tulisan berkait rapat dengan kelahiran bandar – bandar dan kota di Lembah Nil dan Lembah Tigris – Eupretes. Bukti – bukti tulisan ditemui di Nippur (Mesopotamia ) yang dikenali tulisan Cuneiform, di Memphis dan Thebes (Mesir ) iaitu tulisan Hieroglyphic ( Heroglif ) yang digunakan untuk perhiasan dan kesenian monumen seperti piramid. Selain tulisan Heroglif terdapat juga tulisan Hieratic yang tergolong dalam kumpulan inskripsi papryus dan tulisan demotic.
Rekod perdagangan
2. Penciptaan tulisan juga berkait rapat dengan perkembangan perdagangan jarak jauh misalnya antara tamadun Sumeria dengan Mohenjo – Daro dan Harappa. Tulisan membolehkan pedagang merekodkan sesuatu pembelian dan penjualan serta menandakan hak kepunyaan ( stamp seals ) yang menunjukan nama – nama saudagar.

Urusan Kerajaan
3. Masyarakat bertamadun mendorong wujudnya kerajaan dan pentadbiran, perdagangan, pembinaan monumen dan peraturan – peraturan serta adat istiadat sosial yang diperlu dijadikan dokumen bertulis. Peraturan dan undang – undang ini telah dicatatkan dalam undang – undang Hamurabi iaitu seorang raja Babylon. Undang – undang Hamurabi ini pada asalnya merupakan penyusunan undang – undang kuno Sumeria yang menjelaskan usaha pemerintah untuk melicinkan pentadbiran perundangan.

Rekod Peristiwa Pemerintah
4. Sistem tulisan Heroglif di Mesir adalah dipengaruhi oleh Tamadun Sumeria. Di Mesir penggunaan tulisan bukan sahaja tertakluk kepada semata – mata keperluan agama tetapi ianya juga dipergunakan untuk merekodkan hal kehidupan biasa dan peristiwa – peristiwa sejarah. Tulisan Heroglif banyak digunakan untuk mencatatkan pemerintahan Firaun dan ditemui di makam – makam Firaun.

Kesusasteraan & Keagamaan
5. Kemuculan tulisan ini juga disebabkan perkembangan bidang kesusasteraan dan keagamaan misalnya tulisan Cuneiform digunakan untuk menulis Creation Epic, Epik Gilgamesh dan Kod Undang – undang Hammurabi.

C. KESIMPULAN:
Penciptaan tulisan merupakan usaha manusia untuk mengatasi cabaran – cabaran tertentu dalam masyarakat mereka akibat daripada perubahan – perubahan ekonomi, agama dan pentadbiran. Sistem tulisan di Mesir, Mesopotamia dan China telah membantu ahli sejarah menggunakan dokumen – dokumen awal untuk memahami beberapa aspek sejarah dan pemikiran manusia pada masa itu.